Ada juga kelebihan bunga ni.. – Pokok Bunga Kesidang

Di rumah saya ada sepohon pokok bunga hutan bernama kesidang. Pokok bunga kesidang adalah jenis renek yang menjalar dan perlu disokong dengan ceracak kayu atau pergola.

Bunga kesidang yang berwarna putih memilikki aroma wangi eksotik tersendiri dan sangat menonjol terutamanya pada malam hari.

Di perkarangan masjid kariah saya pula terdapat 4 batang pokok hutan.

Bunganya berwarna kuning yang juga mengeluarkan bau ‘spesis’ kerabat bunga kesidang yang sangat wangi itu.

Saya baru menyedari kehadiran bunga berbau ‘ legend ‘ di perkarangan masjid ini ( Masjid Ubudiah, Ampang) ketika berjalan seorang diri dalam suasana sedikit gelap di belakang masjid menuju bilik air.

Ketika itu deria bau saya didatangi oleh sejenis bau spesis kerabat bunga kesidang yang sangat menyenangkan dan teramat wangi tetapi menimbulkan sedikit keseraman.

Andainya tempat itu bukan di perkarangan masjid, barangkali saya akan lari lintang pukang kerana bau wangi bunga hutan yang eksotik selalu dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus.

Sayangnya, saya tidak tahu nama bunga berwarna kuning itu walaupon sudah buat carian melalui googles.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *