Pelik khasiat Pokok Kaduk ni..

Khasiat daun pokok kaduk

Segarkan pokok kaduk nih, hari tu lagi merimbun tapi kak imm dah potong buang. Daun kaduk warnanya hijau dan bentuk seakan-akan sirih. Ramai yang bertukar dengan sirih sebenarnya kalau tak cium bau daunnya.

Kalau dalam masakan kak imm suka bubuh dalam gulai daging masin, gulai siput sedut dan juga bubur lambuk. Orang Thailand jadikan snek yang dipanggil Miang-Kham.

Selain sebagai ulam dan campur dalam masakan, daun kaduk ada khasiat tersendiri dalam bidang perubatan. Sesuai untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.

Merawat demam selsema, sengal tulang dan sembelit ;
1. Ambik sebatang pokok kaduk beserta akarnya.
2. Bersih keseluruhan daun kaduk.
3. Rebus hingga mendidih dan bila suam minum.

Merawat panau ;
1. Ambik daun kaduk.
2. Tumbuk lumat.
3. Sapu tempat ditumbuhi panau.

Merawat batuk ;
1. Ambik beberapa helai daun segar.
2. Kisar halus dengan air.
3. Sapu di bahagian leher.

Merawat cacing dalam perut ;
1. Ambik beberapa helai daun yang segar.
2. Ramas-ramas daun dalam sebaldi air.
3. Siram air ramasan kaduk ke seluruh badan.

Merawat sakit gigi ;
1. Ambik daun yang segar.
2. Kunyah perlahan-lahan.

Tu jer la nak citer. Kalau ada yang tahu kegunaan lain lagi boleh la kongsi sama-sama.

#petuapehtui
#khasiattumbuhanherba

Carian dari Google :

  • khasiat daun kaduk
  • pokok kaduk khasiat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *